RM 2000 - RM 2500 / Package
Packages include :-
Traditional Bridal Dais ( Pelamin Tradisi )
Miagung ( Traditional Music )
Traditional Dance Performance
Traditional Dress of the Groom ( Pakaian Tradisi Pengantin Lelaki )
Traditional Wedding Customs ( Adat Perkhawinan Tradisi )
Traditional Wedding Planner
Traditional Bridal Dais ( Pelamin Tradisi )
Miagung ( Traditional Music )
Tarian tradisi Mongigol untuk menyambut ketibaan rombongan keluarga pengantin lelaki
Traditional Dress of the Groom ( Pakaian tradisi pengantin lelaki )
1.Ketibaan rombongan pengantin lelaki
Rombongan diketuai oleh Mogkuunan yang akan memalu Sinawing (Canang) untuk memaklumkan ketibaan rombongan pengantin lelaki. Bahagian kepala pengantin lelaki akan ditutupi oleh kain dipanggil Sorundung supaya roh-roh jahat tidak dapat melihat wajah pengantin lelaki serta diiringi oleh dua orang Magat (Pengapit) yang akan memayungi pengantin lelaki. Bapa pengantin lelaki membawa Nopung (Tempayan kecil) yang dimasukan kedalam kain sarung kemudian disilang pada bahagian bahu.
Arrival of the groom's entourage.
The entourage will be led by the Mogkuunan who will hammer the Sinawing (Canang) to inform the arrival of the groom’s entourage. The groom’s head will be covered by a fabric called Sorundung so that the evil spirits cannot see the face of the groom, while accompanied by two Magat (groomsmen) that will cover the groom with an umbrella. The groom’s father brought Nopung (small jar) which is wrapped by Sarong and worn over the shoulder.
2. Mongoruba (Sambutan)
Apabila keluarga pengantin perempuan mendengar pukulan canang daripada pihak pengantin lelaki, beberapa orang ahli keluarga pengantin perempuan akan menuju kearah rombongan lelaki untuk tujuan sambutan atau Mongoruba dengan membawa minuman untuk di berikan kepada rombongan pengantin lelaki sebagai tanda menyambut kedatangan mereka. Ketibaan pengantin dan rombongan tersebut akan diiringi dengan paluan gong mengikut irama Loobon dan tarian tradisi Mongigol.
Mongoruba (Welcoming)
When the bride’s family heard the Canang sound from the groom’s party, some of the bride’s family members would go towards the groom’s entourage for the purpose of welcoming or Mongoruba with a drink as a sign of welcoming their arrival. The arrival of the bride and the entourage will be accompanied by the Gong by Loobon rhythm and the Mongigol traditional dance.
3. Mongoliung gakod (Mencuci kaki).
Upacara ini dilakukan apabila pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan. Kaki pengantin lelaki, pengapit dan rombongan akan disiram dengan air sebagai simbolik bagi membersihkan pengantin dan rombongan daripada Kopio iaitu unsur-unsur negatif yang mungkin telah menyertai rombongan semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin wanita. Pengantin lelaki dan pengapitnya akan duduk berehat di ruang pelamin sambil menunggu upacara perkahwinan seterusnya.
Mongoliung gakod (Washing feet).
This would be done when the groom arrives at the bride’s house. The feet of the groom, groomsmen and of the entourage will be watered as a symbolic to cleanse the bride and entourage from Kopio which is the negative elements that might have joined the entourage on their way to the bride’s house. The groom and the groomsmen will sit resting on the wedding dais while waiting for the next event.
4. Momulu Sorundung.
Upacara ini akan dilakukan oleh Bobolian dengan membuka Sorundung pengantin lelaki dan akan menyikat rambut pengantin lelaki dengan minyak sambil membaca mentera. Amalan ini adalah untuk membuang sial dan menjauhkan malapetaka rumah tangga pasangan pengantin. Mantera yang dibaca oleh bobolian dalam upacara tersebut adalah seperti berikut:
‘kopulu-kopulu tongo kumaraatan, nuno nopo ginis dot kumarataan nga opulu no ngawi , tongo kobunsakit, kobinsuu om koniba timbagos. Kadung-ko nopulu kumaraatan kaa impuunon no dot osoosogit maganak, momumparai, mongindapu om magalib-alib no nantad kinogumuan’
(Terhapuslah segala kejahatan, apa sahaja jenis kejahatan akan terhapus seperti segala penyakit, malapetaka dan yang memendekkan umur. Bila segala kejahatan terhapus maka bertitik mulalah rahmat berzuriat, dapat banyak sumber makanan, dapat harta dengan kelimpahan melebihi orang kebanyakan).
Momulu Sorundung.
This part will be handled by the Bobolian by opening the Sorundung of the groom and combing the groom’s hair with oil while reading some mantras. This is done to get rid of bad luck and to avert marital disasters away from the bride and groom. The types of mantras that will recited by the Bobolian in the ritual are as follow:
‘kopulu-kopulu tongo kumaraatan, nuno nopo ginis dot kumarataan nga opulu no ngawi , tongo kobunsakit, kobinsuu om koniba timbagos. Kadung-ko nopulu kumaraatan kaa impuunon no dot osoosogit maganak, momumparai, mongindapu om magalib-alib no nantad kinogumuan’
(Let all evils be eradicated, any kind of evil will be eradicated such as all diseases, catastrophes and those that shorten life. When all evils are eradicated then the beginning of grace on descendants, abundant sources of food and wealth starts).
5. Poposigup, Popoinggat dan Popeenum.
Upacara ini bertujuan untuk menghidangkan sireh pinang yang dipanggil Sinakapur dan Sigup binambayangan (rokok tradisional) yang digantung pada pokok bunga hiasan yang dipanggil Rinampanau yang diperbuat daripada bambu dan dibalut oleh kertas berwarna-warni serta dihiasi dengan bunga buatan tangan, duit kertas dan gula-gula. Upacara Popeenum pula dilakukan dengan memberi minuman kepada pengantin lelaki dan pengapit dengan menggunakan mangkuk yang bersaiz diameter sejangkal.
Poposigup, Popoinggat and Popeenum.
This event aims to serve sireh pinang called Sinakapur and Sigup Binambayangan (traditional cigarette) which is hung on an ornamental flower tree called Rinampanau which is made of bamboo and wrapped in colourful paper and decorated with handmade flowers, cash notes and sweets. The Popeenum ceremony is performed by serving the bride and the groom with a bowl (an inch in diameter) of drinks.
6. Miilang (makan bersuap).
Pengantin lelaki dan perempuan akan melakukakan upacara Miilang iaitu bersilih ganti menyuapakan makanan iaitu nasi yang dkepal berbentuk kon dengan berlaukkan ayam bahagian dada. Tujuan upacara ini adalah untuk menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara kedua-dua pasangan pengantin.
Miilang.
The bride and groom will do Miilang ceremony, which means to alternately feed each other with cone-shaped rice and chicken breast. The purpose of this ceremony is to strengthen the bond of love between the two couples.
7. Bersanding.
Kedua-dua pengantin akan diiringi oleh pengapit-pengapit untuk bersanding di pelamin supaya ahli keluarga pengantin melihat pasangan pengantin.
Bersanding.
The bride and the groom will be accompanied by the bridesmaids and the groomsmen to sit on the wedding dais for their family members to see.
8. Mangalapik (taklik perkahwinan).
Upacara ini akan dijalankan oleh Ketua Adat untuk memberi nasihat dan peringatan kepada kedua-dua mempelai khususnya kepada pengantin lelaki. Ketua Adat akan menjatuhkan taklik kepada kedua-dua pengantin dan taklik tersebut ialah mengenai adat penceraian.
Mangalapik (Marriage taklik).
This part will be conducted by the Chief of custom to give advice and reminders to the couples especially to the groom. The Chief of custom will drop the taklik on both the bride and groom and the taklik is about the custom of divorce.
9. Upacara monuntung Sinawing (memalu Canang).
Sebelum pengantin lelaki masuk ke bilik pengantin perempuan, Mogkuunan terlebih dahulu akan memalu Sinawing (canang) yang merupakan salah satu jenis Nopung yang diminta pihak perempuan. Tujuan ini amalan ini adalah untuk memastikan canang tersebut benar-benar nyaring dan tidak mempunyai cacat celah.
Monuntung Sinawing ( Hammering Canang).
Before the groom enters the bride’s room, firstly Mogkuunan will hammer the Sinawing (Canang) which is one of the types of Nopung requested by the bride. The purpose of this practice is to ensure that the Canang is really loud and has no defects.
10. Upacara sumuang dopuan (masuk bilik pengantin perempuan) dan Mongipat Tiwanon.
Pengantin lelaki, pengapit dan keluarga terdekat akan dibawa oleh Mogkuunan ke bilik pengantin perempuan untuk upacara Mongipat Tiwanon iaitu mengenali mentua dan saudara yang terdekat.
Sumuang Dopuan (entering the bride’s room) and Mongipat Tiwanon (get to know the in-laws).
The groom, groomsmen and close family members will be brought by Mogkuunan to the bride’s room for the Mongipat Tiwanon which is to get to know the in-laws and close relatives.
11. Penghujung acara.
Selepas semua upacara penting selesai, kedua pengantin akan keluar dari bilik untuk beramah mesra dengan sanak saudara dan para tetamu untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan sehingga majlis selesai.
End of events.
After all the important part is finished, the bride and groom will leave the room to socialize with the relatives and guests to make the wedding ceremony merrier until the end.